PPM MEMENANGI PINGAT PERAK DAN GANGSA DALAM ITEX 2015

PPM MEMENANGI PINGAT PERAK DAN GANGSA DALAM ITEX 2015

21 – 23 Mei 2015 - Buat julung kalinya Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) menghantar 2 penyertaan dalam 26th International Invention and Innovation Exhibition (ITEX’15) yang telah diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Hasil rekacipta daripada Dr. Rohaya dan pasukannya yang bertajuk Papermaking Using Calcium-based Industrial Waste As Filler by in-situ Technique telah mendapat pingat perak manakala hasil rekacipta Dr. Ismail dan pasukannya yang bertajuk Bench Scale Flotation of Feldspar Using Non-Toxic Activator and Mixed Cationic / Anionic Collector telah menerima pingat gangsa. Hasil rekacipta Dr. Ismail ini juga telah mendapat pengiktirafan pencapaian cemerlang dalam kategori “Water Technology” yang telah ditaja oleh Yayasan King Abdul Aziz, Arab Saudi.

Semoga kejayaan mereka ini menjadi pemangkin kepada warga PPM yang lain untuk terus komited dalam penyelidikan masing-masing.