PPM MENERIMA LAWATAN DARIPADA UNIVERSITY OF NOTTINGHAM

PPM MENERIMA LAWATAN DARIPADA UNIVERSITY OF NOTTINGHAM

Pada 22 Mac 2018, PPM telah menerima pelawat dari pelajar-pelajar jurusan Kejuruteraan Kimia, Nottingham University, Selangor. Seramai 40 orang pelajar dan pensyarah mengikuti lawatan ini.Tujuan lawatan diadakan adalah untuk mendapat maklumat dan mengetahui dengan lebih lanjut tentang ilmu berkaitan dengan mineral yang terdapat di Malaysia, serta kerja-kerja penyelidikan yang dilakukan di PPM.

Dua orang pengiring yang hadir bersama-sama dengan para pelajar ialah Dr Nishanth dan Phon Mun Haeng. Pegawai-pegawai penyelidik daripada PPM yang terlibat untuk mengendalikan lawatan tersebut ialah Pn Roshaida Binti Arbain dari Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM), Pn Hamizah Binti Abd Samad dari Cawangan Teknologi Bahan Termaju (CTBT) dan Cik Norinsafrina Binti Mustaffa Kamal dari Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari (CTPLK).

Sesi bergambar serta pemberian cenderahati dilakukan pada awal pertemuan disusuli dengan taklimat ringkas daripada para pegawai penyelidik PPM. Kemudian, mereka masing-masing meneroka setiap ruang galeri di samping beberapa penerangan ringkas yang diberikan oleh para pegawai.

Suasana pada masa itu begitu meriah dengan keterujaan yang ditunjukkan oleh para pelajar untuk mendalami ilmu yang baharu sepanjang berada di Galeri PPM. Sesi soal jawab juga berjalan dengan begitu rancak, tetapi santai.

Pihak universiti tersebut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPM atas perkongsian ilmu dan penerangan yang begitu menarik daripada para pegawai. PPM mengharapkan agar pengetahuan baharu yang dikongsi itu mampu memberi manfaat kepada para pelajar.