PROGRAM STRATEGI MENINGKATKAN KREATIVITI KUMPULAN PELAKSANA & LAWATAN KERJA GEOPARK DI KEDAH DAN PULAU PINANG

PROGRAM STRATEGI MENINGKATKAN KREATIVITI KUMPULAN PELAKSANA & LAWATAN KERJA GEOPARK DI KEDAH DAN PULAU PINANG

Unit Latihan Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh telah menganjurkan Program Strategi Meningkatkan Kreativiti Kumpulan Pelaksana dan juga Lawatan Kerja Geopark di Kedah dan Pulau Pinang pada 13 hingga 16 Mac 2018. Program strategik telah diadakan  di Hotel Copthorne Orchid, Pulau Pinang. Program ini disertai oleh kakitangan Sokongan 1 dan staf Unit Pentadbiran dan Kewangan PPM. Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dikalangan wargakerja PPM dan bersama-sama komited dan bertanggungjawab serta memberikan kerjasama yang sepenuhnya kearah memastikan perkhidmatan dilaksanakan dengan lebih cekap, berkesan dan cemerlang.

Lokasi pertama yang dituju semasa lawatan ini adalah di Kuala Muda. Dimana para peserta diberi pendedahan dan bersama-sama merasa suasana semasa berlakunya kejadian tsunami pada 26 Disember 2004. Disini para peserta dapat melihat struktur geologi dan kawasan yang telah terjejas akibat bencana alam ini.

Seterusnya sepanjang program ini dijalankan, para peserta juga telah melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti seperti aktiviti berkumpulan, beriadah, bermain bola tampar dan juga lawatan ke Bukit Bendera, Pulau Pinang. Semua aktiviti-aktiviti ini memberi peluang kepada warga kerja PPM supaya lebih mengenali dan beramah mesra antara satu sama lain.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Aminudin Bin Mahmud, Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh dan beliau juga turut berpesan supaya warga kerja PPM khususnya yang hadir pada program ini sentiasa berkreatif dalam melakukan kerja-kerja serta bertanggungjawab dengan setiap tugasan yang diamanahkan dan melakukan tugasan yang diberikan dengan penuh komited. Dua orang penceramah iaitu Encik Sharol Nizam dari INTURA dan  Encik Hamdan Bin Kamis, Ketua Unit Pentadbiran Pejabat Kesihatan Daerah Mualim, Perak, telah dijemput untuk menjayakan program ini.