Syarahan Teknikal Projek Kolaborasi FRGS USM-PPM

Syarahan Teknikal Projek Kolaborasi FRGS USM-PPM

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 18 Julai 2019. Unit Latihan PPM bersama Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral telah menganjurkan satu syarahan teknikal yang bertajuk “TiH2 Powder Production from Magnesiothermic Reduction of TiCl4 in Presence of H2 Atmosphere” pada 17 Julai 2019 yang lalu. Projek ini merupakan projek kolaborasi Fundamental Research Grant Scheme (FRGS) antara USM-PPM.
  
Selain itu, penceramah bagi syarahan teknikal tersebut ialah Dr. Sheikh Abdul Rezan bin Sheikh Abdul Hamid. Beliau merupakan seorang pensyarah dari Universiti Sains Malaysia (USM) yang juga salah seorang penyelidik bagi projek kolaborasi FRGS ini. 

Di samping itu, ini adalah kali kedua Dr. Sheikh Abdul Rezan menyampaikan syarahan di PPM semenjak tahun 2017 yang lalu untuk berkongsi hasil penyelidikan terkini beliau sepanjang menjalankan projek tersebut terutamanya dalam kajian berkaitan Titanium.

Akhir sekali, PPM mencgucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Mudah-mudahan projek ini mampu menghasilkan kejayaan yang cemerlang bagi kedua-dua belah pihak PPM serta USM pada masa akan datang.