TAKLIMAT DAN KERJA PERSAMPELAN LEMPUNG DI TRONG, TAIPING, PERAK

TAKLIMAT DAN KERJA PERSAMPELAN LEMPUNG DI TRONG, TAIPING, PERAK

12 November 2014 – Seramai 40 orang peserta terdiri daripada kumpulan Sokongan I, Sokongan II dan Pegawai Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menjalankan Taklimat dan Kerja Persampelan Lempung di Trong, Taiping, Perak. Taklimat dan Kerja Persampelan tersebut telah dijalankan selama 3 hari 2 malam, iaitu dari 12 November hingga 14 November 2014.

Para peserta telah diberikan taklimat oleh Tn. Hj. Kori, Ketua Cawangan Teknologi Berasaskan Lempung dan Tn. Hj. Abdul Rois, Pegawai Penyelidik dari cawangan sama, mengenai kerja persampelan lempung yang akan dijalankan pada 13 November 2014.

Para peserta bertolak ke tapak persampelan pada 13 November 2014 dan diberi taklimat ringkas sebelum memulakan kerja persampelan. Selepas kerja persampelan selesai, para peserta di bawa melawat kilang pemprosesan lempung berkaolin bagi mendedahkan para peserta cara pemprosesan lempung secara dalam industri kecil.

Pada 14 November 2014, para peserta berpeluang melawat ke kilang pemprosesan lempung yang bertempat di Kuala Kangsar. Rombongan PPM telah disambut mesra dan diberi taklimat oleh Pengurus Kilang,En.Mohamad Rofi Bin Mohd Sibun. Lawatan tersebut telah banyak memberi infomasi baru dan pendedahan kepada ahli rombongan.