Taklimat e-Perolehan di Pusat Penyelidikan Mineral

Taklimat e-Perolehan di Pusat Penyelidikan Mineral

Pada 13 dan 14 Ogos 2018, Pusat Penyelidikan Mineral, dengan kerjasama Commerce Dot Com Sdn Bhd (CDC) telah berjaya mengadakan satu taklimat e-Perolehan di Dewan Seminar di sini. Taklimat ini merangkumi Modul Kontrak Kementerian, Pembelian Terus, Sebutharga dan Tender melalui sistem e-Perolehan. Ceramah dan taklimat telah disampaikan oleh penceramah daripada CDC, En. Shaharudin Bin Zakaria.

Program dimulai dengan bacaan doa serta kata alu-aluan daripada Timbalan Pengarah PPM, En. Aminudin Bin Mahmud. Turut hadir ialah ketua-ketua cawangan, para pegawai penyelidik, pembantu penyelidik serta beberapa orang pegawai dari JMG Perak, Selangor dan Sarawak.

Sesi taklimat diadakan secara santai namun padat dengan penerangan terperinci oleh penceramah. Penceramah juga telah menjalankan sesi hands-on secara online melalui computer masing-masing. Para peserta juga diberi peluang untuk sesi soal jawab dan juga perkongsian idea masing-masing.

Taklimat berakhir dengan ucapan penutup daripada Timbalan Pengarah PPM dan juga sesi penyampaian cenderahati kepada penceramah sebagai tanda penghargaan.
PPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada CDC dan para peserta kerana berjaya memberi kerjasama dangan baik sepanjang program ini berlangsung. Pihak PPM mengharapkan taklimat ini mampu memberi pendedahan dan pengetahuan secukupnya kepada para peserta tentang penggunaan sistem e-Perolehan dalam urusan kewangan.