PROGRAM ZIARAH KASIH ANJURAN KELAB SUKAN KEBAJIKAN KAKITANGAN (KSKK) JMG JOHOR

PROGRAM ZIARAH KASIH ANJURAN KELAB SUKAN KEBAJIKAN KAKITANGAN (KSKK) JMG JOHOR

Johor Bahru, 14 Mac 2025 - Program Ziarah Kasih yang dianjurkan oleh KSKK JMG Johor merupakan satu usaha murni dalam menunjukkan keprihatinan terhadap warga JMG Johor dan bekas warga jabatan yang sedang menghadapi ujian dalam kehidupan. Lawatan ini diketuai oleh Pengerusi, Tuan Haji Noorazhar Ngatimin bersama beberapa ahli KSKK JMG Johor yang lain. Pertama, lawatan ke rumah keluarga Allahyarhamah Norfazelah binti Hassan yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 Februari 2025. Allahyarhamah pernah berkhidmat sebagai Pembantu Tadbir di JMG Johor dan telah banyak berjasa kepada jabatan. Semoga keluarga diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi kehilangan ini. Seluruh warga JMG Johor turut mendoakan agar roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Baca selanjutnya

PERBINCANGAN BAGI MEMPERKUKUH KERJASAMA ANTARA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG) DAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN), TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) DALAM PEMETAAN SEDIMEN DASAR LAUT DI PERAIRAN PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA

PERBINCANGAN BAGI MEMPERKUKUH KERJASAMA ANTARA JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA (JMG) DAN PUSAT HIDROGRAFI NASIONAL (PHN), TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA (TLDM) DALAM PEMETAAN SEDIMEN DASAR LAUT DI PERAIRAN PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA

KLANG, 13 Mac 2025: Unit Geologi Marin, Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG), bersama Pusat Hidrografi Nasional (PHN) telah mengadakan sesi perbincangan bagi memperkukuh kerjasama dalam perkongsian data HydroSpatial.

Lawatan ini dimulakan dengan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Laksamana Muda Dato' Hanafiah bin Hassan. Delegasi JMG diketuai oleh Pengarah Perkhidmatan Geosains BPT, En. Ahmad Zulkifli bin Kamaruzaman bersama ketua serta pegawai-pegawai Unit Geologi Marin.

Sesi perbincangan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Geospatial PHN, Kdr Ts. GS. Mohd Shukri bin Mohd Yusop TLDM. Sebagai agensi tunggal yang bertanggungjawab sebagai penjaga “Custodian” data sedimen marin bawah laut di bawah Jawatankuasa Teknikal Marin MyGDI (JTMM), JMG memainkan peranan penting dalam usaha penyelarasan data bersama PHN. Sejajar dengan perkembangan semasa, peranan ini perlu diperkukuh bagi memastikan pengurusan dan penggunaan data yang lebih efisien serta selaras dengan keperluan semasa.

Hasil daripada mesyuarat bersama JTMM sebelum ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menyelaraskan bidang kepakaran masing-masing bagi meningkatkan ketepatan data backscatter dalam mengenal pasti jenis sedimen dasar laut di perairan Malaysia. Langkah ini juga bertujuan untuk memperkukuh perkongsian data bagi manfaat kegunaan awam dan ketenteraan.

Selain itu, sesi perbincangan ini turut bersetuju untuk melibatkan institusi pengajian tinggi yang berkaitan dalam membantu dan menyokong kerja-kerja interpretasi dan analisis data backscatter bagi tujuan klasifikasi sedimen dasar laut.

Usaha ini diharapkan dapat menyokong keperluan ketenteraan, navigasi, keselamatan maritim, serta pembangunan sumber geologi dan marin negara.

TAKLIMAT MS ISO 9001:2015 BAGI UJIAN BATU DIMENSI DAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL

TAKLIMAT MS ISO 9001:2015 BAGI UJIAN BATU DIMENSI DAN UJIAN PEMPROSESAN MINERAL
IPOH, 13 Mac - Satu taklimat MS ISO 9001:2015 bagi Ujian Batu Dimensi (UBD) dan Ujian Pemprosesan Mineral (UPM) telah diadakan kepada ahli Pasukan Pameran dan Galeri PPM dan pegawai khidmat pelanggan PPM.
Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 03/2025 JMG JOHOR

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 03/2025 JMG JOHOR

Johor Bahru, 12 Mac 2025 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 03/2025 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Encik Ahmad Fadhil bin Ahmad diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Harith bin Hamdan dan bacaan ikrar oleh Puan Siti Harimah binti Supat. Perutusan Pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.

Baca selanjutnya