PENGUMUMAN TERKINI
20 Jun 2025
Penggunaan Bahan dan Barangan Keluaran Tempatan Dalam Penganjuran Acara/ Majlis/ Keraian Rasmi Kerajaan/ Mesyuarat/ Persidangan/ Seminar/ Bengkel
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Jun 2025 telah bersetuju agar Kementerian/ Jabatan/ Agensi Kerajaan memastikan penggunaan bahan dan barangan keluaran tempatan khususnya dalam penganjuran acara/ majlis/ keraian rasmi Kerajaan/ mesyuarat/ persidangan/ seminar/ bengkel.
Penggunaan ini merujuk kepada penyediaan menu makan minum (termasuk penggunaan bahan makanan seperti jenis ikan, buah-buahan, sayur-sayuran), hiasan, peralatan dan pemberian cenderamata. Keputusan ini adalah untuk meningkatkan pertumbuhan industri bahan dan barangan kraftangan tempatan dan mempromosi kepelbagaian serta kekayaan makanan di Malaysia. Ini adalah seiring dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan juga penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pelaksanaan penggunaan bahan dan barangan tempatan khususnya dalam penganjuran acara/ majlis/ keraian rasmi Kerajaan/ mesyuarat/ persidangan/ seminar/ bengkel masih tertakluk kepada Pekeliling Perbendaharaan (PP) PB 3.1 – Garis Panduan Kawalan Perbelanjaan Awam (Kemaskini 2024), PP PK 1.4 – Dasar Bahan, Barangan dan Perkhidmatan Tempatan Dalam Perolehan Kerajaan serta lain-lain dasar/ pekeliling/ peraturan berkaitan yang berkuat kuasa.
20 Jun 2025
Larangan Membuat Pernyataan Awam Di Bawah Subperaturan 19(1) dan 19(2) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan Dan Tatatertib)P.U.(A)395/1993
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mendapati masih berlaku pelanggaran tatatertib di bawah subperaturan 19(1) dan 19(2) peraturan yang sama susulan penggunaan media sosial secara meluas pada masa ini. Sehubungan itu, bersama-sama ini dilampirkan satu surat edaran dengan rujukan JPA.600-8/1/3 JLD.2(2) bertarikh 19 Jun 2025 yang telah dikeluarkan kepada semua Ketua Jabatan dengan jelas menerangkan maksud peraturan berkaitan sebagai peringatan kepada semua penjawat awam.
BERITA & ARTIKEL

Letupan, gegaran bukan daripada aktiviti kuari – JMG Perak
Pengarah JMG Pera...

NRES terima anugerah projek RKB, percepat kelulusan lesen mineral

REE: Perak teroka kerjasama dengan Perancis
Melalui lawatan rasmi yang dike...

Negeri Sembilan bersedia mulakan perlombongan REE
Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, buat masa ini, pih...