IPOH, 16 April 2013 : Pada hari ini telah berlangsung penggambaran untuk program dokumentari terbitan FINAS yang bertajuk Lombong Tinggal. Penggambaran ini telah dibuat oleh Syarikat Artistic Films Productions Sdn. Bhd. dengan bantuan pegawai-pegawai serta kakitangan Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan Pusat Penyelidikan Mineral.
Pemilihan Peserta Sukan NRE 2013
IPOH: Pada 16 dan 17 Mac 2013 telah berlangsung acara Pemilihan Bagi Sukan NRE 2013 yang telah diadakan di kompleks JMG Ipoh. Acara ini telah dianjurkan bersama oleh Pusat Penyelidikan Mineral, Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan JMG Negeri Perak, dengan dikendalikan oleh En. Aminuddin Mahmud dan Tn. Hj. Mohd Zaidi Mohd Hasan, serta kakitangan-kakitangan dari ketiga-tiga bahagian tersebut.
Peserta-peserta yang hadir terdiri dari JMG negeri-negeri, yang barsaing dalam 13 acara bagi menentukan kelayakan ke Acara Sukan NRE tahun ini. Antara acara yang akan disertai oleh Pasukan JMG adalah badminton, karom, boling, ping-pong, golf, dart, snooker, catur, bola sepak, congkak, dam aji dan futsal.
Sukan NRE pada kali ini akan dijalankan di INSPEN (Institut Penilaian Negara, Kajang) pada 3 hingga 5 Mei 2013.
Pakar Geologi, Geosains Sertai DELSEA II
Kuala Terengganu: Seramai 50 peserta terdiri daripada saintis muda, pakar geologi dan pensyarah bidang geosains menyertai kursus jangka pendek Geologi dan Pengurusan Pantai (DelSEA II) di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
Kursus selama tiga hari itu dianjurkan dengan kerjasama Jawatankuasa Penyelaras Geosains Timur dan Asia Tenggara (CCOP), Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia (JMG) serta Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS) UMT.
Muzium Geologi : Bakal Inspektor Kesihatan Dari Uitm P.Pinang
Ipoh 17 Jan 2013, satu rombongan sambil belajar dari Uitm P.Pinang telah melawat ke Muzium Geologi Ipoh. Para peserta merupakan pelajar dari jurusan Sains Bersekutu yang mengambil Diploma Kesihatan Persekitran. Pelajar yang telah berjaya menamatkan pelajaran bakal menjadi Inspektor Kesihatan
Muzium Geologi : Lawatan KPT MARA Sri Gading
Sri Gading Batu Pahat
Ipoh 14 September 2012, Satu rombongan lawatan sambil belajar telah diadakan oleh pihak KPT MARA sri Gading Batu Pahat ke Muzium Geologi. Para pelajar dari jurusan Geostruktur tahun 3 ini amat berminat mempelajari perihal batuan dan mineral kerana berkaitan dengan pembelajaran yang telah dipelajari. Para pensyarah KPT MARA Sri Gading juga berharap dapat mengadakan lawatan seperti ini lagi di semester akan datang.