TAKLIMAT ANCAMAN GEOLOGI DI SEKOLAH KEBANGSAAN CHUPING

TAKLIMAT ANCAMAN GEOLOGI DI SEKOLAH KEBANGSAAN CHUPING

CHUPING, 29 APRIL 2021 (KHAMIS): JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang telah dijemput memberikan taklimat ancaman geologi di SK Chuping dalam Majlis Berbuka Puasa anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Antara yang hadir dalam majlis itu ialah Exco merangkap ADUN Chuping, YB Puan Asmaiza bt Ahmad, pegawai-pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan para ibu bapa serta waris SK Chuping.

Taklimat disampaikan oleh En. Wan Salmi bin Hj. Wan Harun, Penolong Pengarah Kanan (Geologi Kejuruteraan). Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah JMGKPP, En. Abdullah Bin Hj. Sulaiman.

Antara objektif utama majlis itu diadakan ialah untuk memberi pendedahan dan gambaran kepada para waris berkenaan punca kepada kejadian mendapan tanah yang berlaku di sekolah tersebut.

JMGKPP DAN BPEN KEDAH TINJAU PAPAN TANDA JERAI GEOPARK

JMGKPP DAN BPEN KEDAH TINJAU PAPAN TANDA JERAI GEOPARK

SEMELING, 15 JULAI 2021 (KHAMIS): JMGKPP turun padang bersama-sama Bahagian Pembangunan Ekonomi Negeri (BPEN) Kedah ke geotapak-geotapak Jerai Geopark bagi meninjau keadaan semasa papan tanda dan panel info geotapak yang telah lusuh pada Isnin lalu.

JMGKPP diwakili Timbalan Pengarah Geosains, Tn. Hj. Azizan bin Ali dan Penolong Pengarah Kanan (Pemetaan Geologi), Pn. Nur Susila bt Md. Saaid manakala BPEN Kedah diwakili Pn. Sharifah Noriza bt Syed Zainol Rashid dan En. Hazani bin Hamzah.

Antara lokasi yang dilawati adalah Geotapak Sungai Badak, Tapak Interpretasi Jerai Geopark di Jeti Semeling, Geotapak Bukit Penjara, Pantai Merdeka, Pantai Tsunami Kuala Muda dan Tapak Budaya Pasar Bisik.