BENGKEL DDMS 2.0 JMG SABAH

BENGKEL DDMS 2.0 JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH 23 MEI 2023 (SELASA) : Unit Latihan JMG Sabah telah mengadakan Bengkel DDMS 2.0 di Dewan Nephrite, JMG Sabah pada 22 da 23 Mei 2023.
 
Hadir dalam bengkel ini adalah pegawai rekod yang telah dilantik oleh pihak pengurusan JMG Sabah.
 
Turut hadir sama berkongsi bengkel ini adalah dari Jabatan Kehakiman dan Syariah Sabah.
 
Kredit gambar Puan Shuryanteh
Sumber maklumat : FB Page JMG Sabah

SESI PEMERIKSAAN BERKALA PEMBAHARUAN LESEN ALAT RADAS PENYINARAN

SESI PEMERIKSAAN BERKALA PEMBAHARUAN LESEN ALAT RADAS PENYINARAN
Satu Pemeriksaan berkala bagi tamat lesen daripada Jabatan Tenaga Atom Malaysia telah diadakan pada 23 Mei 2023 di Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah.
 
Pegawai yang hadir memeriksa adalah Puan Sandora Binti Rappice dan Encik Muhamad Izali Bin Sahri.
 
Pemeriksaan ini bertujuan untuk pembaharuan lesen pemilikan alat radas penyinaran yang akan tamat pada 25 Julai 2023.
 
Pegawai JMG Sabah yang terlibat Encik Khairun Nasir dan Encik Mujibuddin.
 
Kredit gambar : Encik Mujibuddin.
Sumber maklumat : FB Page JMG Sabah

PROGRAM PROMOSI BOG BERSAMA JMG SABAH

PROGRAM PROMOSI BOG BERSAMA JMG SABAH
KOTA KINABALU, SABAH 22 MEI 2023 (ISNIN) : Sesi Program Promosi Lembaga Ahli Geologi (BOG) bersama Ahli Geologi JMG Sabah di Bilik Mylonite, JMG Sabah pada 22 Mei 2023.
 
Turut hadir sama Pengerusi BOG Yang Berbahagia Dato' Zakaria bin Mohamad dan Dr. Richard Mani Banda.
 
Wakil JMG Sabah Timbalan Pengarah Geoasains Puan Jenneth Cyril, Puan Jayawati, Puan Lim Li Chien, Encik Daulip, Encik Azizan Juhin, Encik Goh Khean Seong, dan beberapa pegawai baru JMG Sabah Encik Muhammad Hanif, Encik Muhamad Taqiuddin, Encik Mohammad Yusof, Encik Muhammad Hazman dan Encik Ahmad Raffie.
 
Sumber maklumat : FB Page JMG Sabah

SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI DAN KAAMATAN JMG SABAH 2023

SAMBUTAN RAYA AIDILFITRI DAN KAAMATAN JMG SABAH 2023
KOTA KINABALU, 19 MEI 2023 (JUMAAT) : Sambutan Raya Aidilfitri dan Kaamatan 2023 JMG Sabah telah diadakan pada 19 Mei 2023 hari Jumaat di Dewan Nephrite JMG Sabah.
 
Majlis dimulakan dengan Perhimpunan Bulanan Bil. 5/2023 dan diikuti dengan majlis perayaan. Walaupun hanya sebahagian warga JMG Sabah yang dapat hadirkan diri, majlis disambut dengan begitu meriah.
 
Majlis kali ini dianjurkan oleh Unit Perkhidmatan Makmal, JMG Sabah.
 
Kredit gambar : Encik Mujibuddin.
Sumber maklumat : FB Page JMG Sabah

PROGRAM LIBAT URUS PROJEK PEMBANGUNAN PRODUK GEOTAPAK GEOPELANCONGAN

PROGRAM LIBAT URUS PROJEK PEMBANGUNAN PRODUK GEOTAPAK GEOPELANCONGAN
KOTA MARUDU, 18 MEI 2023 (KHAMIS) : Program Libat Urus Projek Pembangunan Geotapak Sungai Baliajong sebagai Produk Geopelancongan (Pembangunan Geotrail) pada 18 Mei 2023 di Dewan Komuniti Kampung Tugudon, Tandek, Kota Marudu, Sabah.
 
Program telah dirasmikan oleh Pengarah JMG Sabah, Dr. Frederick. Turut hadir sama Timbalan Pengarah Geosains Puan Jenneth Cyril dan beberapa orang tetamu jemputan dari agensi dan jabatan lain seperti Lembaga Pelancongan Sabah, Muzium Sabah, Pejabat Daerah Kota Marudu dan Persatuan GeoGuide.
 
Sumber maklumat : FB Page JMG Sabah