BENGKEL SUBMODUL PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI

BENGKEL SUBMODUL PROGRAM PEMBANGUNAN KOMPETENSI
IPOH, 21 Mei – Cawangan Pelaksana Pengkomersialan (CPP) telah menganjurkan satu Bengkel Submodul Program Pembangunan Kompetensi bagi Kumpulan Pelaksana Sokongan 2 pada 20 - 21 Mei 2024.
Bengkel ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan tatacara merekod kehadiran latihan melalui submodul Program Pembangunan Kompetensi dan menjalankan sesi latihan merekod secara hands-on menggunakan submodul Program Pembangunan Kompetensi bagi setiap peserta.
Seramai 27 orang peserta telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada 11 orang Pembantu Operasi, 3 orang Pemandu Kenderaan H14/H11 dan 13 orang Pembantu Awam H11.
Taklimat bagi bengkel ini telah disampaikan oleh Hajah Marlinda binti Daud selaku Pegawai Perhubungan Latihan PPM dibantu oleh En. Azri bin Zakaria, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat dan En. Aliff Nurfaiz bin Aminudin, Pembantu Penyelidik.

PEMBENTANGAN APLIKASI PEMANTAUAN UDARA YANG DIBANGUNKAN OLEH PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR

PEMBENTANGAN APLIKASI PEMANTAUAN UDARA YANG DIBANGUNKAN OLEH PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL, JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS MALAYSIA BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR
PUTRAJAYA, 20 MEI - Cawangan Teknologi Perlombongan dan Pengkuarian (CTPP) yang diketuai oleh Dr. Hj. Izhar Abadi Ibrahim Rais telah menghadiri satu sesi pembentangan bersama Jabatan Alam Sekitar Bahagian Udara.
Sesi pembentangan ini diadakan bagi memperkenalkan aplikasi pemantauan udara yang dibangunkan oleh Pusat Penyelidikan Mineral.
Sesi perkongsian ini telah dipengerusikan oleh En. Ryaan Ooi Chean Weai, Ketua Seksyen Perlindungan Ozon. Turut hadir adalah pegawai dari Seksyen Penguatkuasaan dan juga Seksyen Kawalan Punca-Punca Pencemaran.

Aktiviti Persampelan Efluen Lombong di sekitar Bukit Besi

Aktiviti Persampelan Efluen Lombong di sekitar Bukit Besi
BUKIT BESI, 16 MEI – Cawangan Teknologi Pemulihan Lombong dan Kuari, Pusat Penyelidikan Mineral (CTPLK, PPM) menjalankan aktiviti persampelan efluen lombong di sekitar Bukit Besi. Seramai 6 orang kakitangan CTPLK terlibat dalam kerja lapangan ini.
Satu taklimat berkenaan geologi kawasan ini juga telah disampaikan oleh ahli geologi pihak lombong. Penerangan ini memberi nilai tambah kepada penyelidikan rawatan saliran lombong berasid dan pemulihan sumber nadir bumi dari efluen lombong yang sedang dijalankan oleh pasukan penyelidik CTPLK.

MAJLIS APRESIASI ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2023 ,PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 2/202 DAN SILATURAHIM

MAJLIS APRESIASI ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2023 ,PERHIMPUNAN BULANAN PPM BIL. 2/202 DAN SILATURAHIM
IPOH, 15 Mei - Majlis Silaturahim & Apresiasi Prestasi 2023 telah berlangsung di sekitar Foyer, PPM. Majlis ini telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan PPM (KSKPPM). Majlis telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad, Pengarah Kanan PPM yang juga merupakan penasihat bagi KSKPPM.
Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim sesama kakitangan PPM bersempena menyambut bulan syawal yang mulia. Pelbagai juadah menarik yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Majlis juga turut dihadiri YBhg. Datuk P.Geol Zamri bin Ramli, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia

Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.

Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.
IPOH, 13 – 14 Mei – Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menganjurkan satu Bengkel Penggunaan Alat Shimadzu UV-1900.
Seramai 25 orang peserta telah menghadiri bengkel ini terdiri daripada pegawai penyelidik, pembantu penyelidik dan 2 orang pelajar latihan industri.
Bengkel selama 2 hari ini bertujuan memberi pengenalan, pendedahan dan pengetahuan serta kemahiran kepada peserta terutamanya dalam mengendalikan dan memahami fungsi alat Shimadzu UV-1900.
Para peserta juga diberi peluang untuk menjalani latihan secara hands-on tentang kaedah mengendalikan alat dan menganalisis sampel. Taklimat telah disampaikan oleh Puan Anisa binti Rashid dari Syarikat Shimadzu Sdn. Bhd.
Semoga ilmu daripada perkongsian ini dapat dimanfaatkan oleh semua kakitangan PPM dalam menjalankan kerja-kerja penyelidikan.