29hb April 2022 (Jumaat) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.3/2022. Sebelum majlis perhimpunan bermula ia dimulakan dengan Majlis Bacaan Yassin anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Kebajikan. Aktiviti bacaan Yassin merupakan aktiviti yang dilakukan pada setiap hari Jumaat minggu keempat pada setiap bulan.
INFAQ RAMADAN “SEKAMPIT BERAS, SEGUNUNG PAHALA” KEPADA PESARA JMG PERAK
29 April 2022 (Jumaat) : Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak melalui Biro Kebajikan telah mengadakan Program Infaq Ramadan “ Sekampit Beras, Segunung Pahala” kepada pesara JMG Perak yang terpilih. Untuk tahun ini seramai 7 orang pesara JMG Perak yang terpilih iaitu En. Roslan Bin Ghani, En. Ruslan Bin Ahmad, Pn. Maimon Binti Samad, En. Sharifuddin, En. Azaudin, En. Mohamad Bin Yaakob dan En. Mohd Ehsan.
SALAM SYAWAL 1443H DARIPADA WARGA KERJA JMG MALAYSIA, PERAK
29 April 2022 (Jumaat) : Kami Warga Kerja JMG Malaysia, Perak ingin mengucapkan Salam Syawal kepada semua umat Islam di mana sahaja anda berada terutamanya kepada warga kerja JMG Semalaysia. Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, segala salah dan silap harap diampunkan. Maaf Zahir dan Batin. Kepada warga kerja JMG Malaysia yang pulang berhari raya di kampung, dinasihati supaya rancang perjalanan sebaik-baiknya dan berhati-hati ketika memandu. Semoga selamat sampai ke destinasi yang ditujui dan dapat berjumpa dengan keluarga yang dirindui.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN
PROGRAM JOM MASAK DAN AGIH BUBUR LAMBUK 2022 JMG PERAK
21 April 2022 (Khamis) : Satu Program Jom Masak Dan Agih Bubur Lambuk 2022 JMG Perak anjuran Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Perak telah dijalankan pada hari ini. Seramai 35 ahli KKR telah terlibat dalam menjayakan program ini. Program ini bermula pada jam 8.45 pagi dan selesai pada jam 1.00 tengahari.
PERTANDINGAN DART TERTUTUP JMGM PERAK 2022
14hb April 2022 (Khamis) – Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMGM Perak melalui Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Pertandingan Dart Tertutup, JMGM Perak 2022. Pertandingan ini adalah salah satu aktiviti KKR yang telah dirancang bagi tahun 2022. Pertandingan ini dapat membudayakan semangat kerjasama serta berpasukan di kalangan ahli KKR serta dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli KKR.