Program Santai Bersama Komuniti Langkawi UNESCO Global Geopark

Program Santai Bersama Komuniti Langkawi UNESCO Global Geopark

Alor Setar, 22 April 2018: Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar, Dato Sri Azizan Bin Ahmad telah meluangkan masa untuk menghadiri program santai bersama komuniti Langkawi UNESCO Global Geopark pada 9 April 2018 di Restoran Laman Padi, Langkawi.

Datoโ€™ Sri Azizan Bin Ahmad telah bertindak sebagai moderator bersama panel-panel yang terdiri daripada ketua pengarah Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Datuk Shahar Effendi, ketua pengarah Jabatan Perhutanan Dato Haji Nor Akhirrudin bin Mahmud, Prof Emritus Datoโ€™ Dr. Ibrahim Komoo, CEO LADA Dato Azizan dan Pegawai Daerah Langkawi Tuan Haji Muhammad Arof Bin Darus.

Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mendapatkan maklum balas mengenai impak positif daripada pengisytiharan Langkawi sebagai Global Geopark daripada komuniti setempat. Input-input yang di terima daripada komuniti Langkawi seperti persatuan teksi, persatuan pemandu pelancong dsb membolehkan penambahbaikan dibuat agar Langkawi Global Geoprak mampu memberi daya saing standing dengan Global Geopark lain di seluruh dunia.

Program santai bersama Dato Sri KSU telah dihadiri oleh seramai 60 orang kakitangan kerajaan serta komuniti Langkawi UNESCO Global Geopark.

IMG 8742IMG 8773IMG 8790IMG 8793IMG 8800IMG 8806IMG 8812IMG 8826

Written by : Wan Bennyamin