![Kempen promosi Geopark Jerai dimulakan](https://blog.jmg.gov.my/components/com_rsblog/assets/images/blog/831.jpg?nocache=67a3531dcc4fd)
ALOR SETAR, 29 September 2017 - Promosi Geopark Jerai telah rancak dilaksanakan oleh pelbagai agensi termasuklah JMG Kedah / Perlis / Pulau Pinang (JMGKPP) selaku teraju agensi kerajaan.
Antara yang dilaksanakan melalui pameran-pameran promosi Geopark Jerai dalam program-program anjuran jabatan dan komuniti setempat dalam kawasan Jerai.
Terkini, pihak JMGKPP berbesar hati kerana dijemput mengadakan pameran dalam program SIMPOMIN ke-8 dan Persidangan JMG 2017 di Causarina Hotel, Meru, Perak.
Dalam sesi pameran ini juga, JMGKPP amat beruntung kerana booth pameran dilawati Yang Berhormat Timbalan Menteri Sumber Asli Dan Alam Sekitar.