LAWATAN TAPAK BAGI PRA-RUNDINGAN OSC DI MELAKA TENGAH

LAWATAN TAPAK BAGI PRA-RUNDINGAN OSC DI MELAKA TENGAH

MELAKA TENGAH, 5 MEI 2021 - Satu lawatan tapak telah diadakan oleh Pegawai Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Sembilan dan Melaka (JMG NSM) di belakang Klinik Kesihatan Peringgit, Melaka Tengah bersama pihak Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) bagi Permohonan Pra rundingan OSC Pembinaan Blok Tambahan Klinik Kesihatan Peringgit, Melaka Tengah, Melaka. Pegawai JMG NSM yang terlibat ialah Puan Siti Faridah binti Yusup (Timbalan Pengarah Sumber Mineral), Puan Norhayati binti Mohd Rawi (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), Puan Rosni binti Lokmannul Hakim (Ketua Aktiviti Kejuruteraan) dan Encik Mohd Amin Khalili bin Hamdan (Pembantu Geosains).

Selepas itu, lawatan tapak diteruskan bagi Permohonan Pra Rundingan OSC yang kedua di Ayer Keroh iaitu bersebelahan dengan Lebuh Raya Ayer Keroh. Pemerhatian, cerapan lapangan dan perbincangan telah diadakan antara pegawai dari kedua-dua pihak jabatan.

Akhir sekali, satu mesyuarat telah diadakan pada sesi petang yang bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Kerja Raya, Daerah Melaka Tengah antara pihak JKR dan JMG NSM. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ir. Som Phong Pichan dari Cawangan Kejuruteraan Geoteknik, JKR serta beberapa orang kakitangan JKR. Pembentangan dokumen Permohonan Pra Rundingan OSC berkaitan telah dijalankan oleh pegawai daripada JKR. Perbincangan berkaitan isu-isu berbangkit dan telah mendapat kata sepakat antara kedua belah pihak dalam penentuan laporan dan kajian yang perlu dijalankan oleh pihak JKR bagi ke dua-dua Cadangan Permohonan OSC yang akan dijalankan.

Written by : aminjmg26