MAJLIS PERSARAAN TAHUN 2022 DAN PERHIMPUNAN BULANAN JMG PERAK

MAJLIS PERSARAAN TAHUN 2022 DAN PERHIMPUNAN BULANAN JMG PERAK

02 September 2022 (Jumaat) : Majlis Persaraan tahun 2022 dan Perhimpunan Bulanan JMG Perak, Malaysia telah diadakan bertempat di Hotel Tower Regency, Ipoh pada jam 3.00 petang. Dalam majlis ini, JMG Perak akan meraikan 2 orang pesara iaitu En. Mohd Jasmi Bin Ibrahim dan En. Mat Adnan Bin Mat. Majlis dimulakan dengan kata aluan daripada pengerusi majlis iaitu En. Amir Mizwan dan seterusnya bacaan doa oleh En. Putra Ariff Fadzillah. Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan daripada Pengarah JMG Perak, Datoโ€™ Ir. Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil.

Seterusnya ucapan daripada 2 orang pesara iaitu En. Mohd Jasmi Bin Ibrahim dan En. Mat Adnan Bin Mat dan seorang pegawai bertukar ke JMG Selangor & Wilayah Persekutuan iaitu En. Abdul Rahman. En. Mohd Jasmi telah menyediakan hadiah berupa gambar kepada pemenang gambar terbaik. Ini kerana, En. Mohd Jasmi merupakan jurufoto bagi JMG Perak dan beliau merasakan gambar-gambar yang beliau pilih adalah yang terbaik untuk diabadikan sebagai kenangan.

Majlis juga turut dimeriahkan dengan cabutan nombor bertuah dan acara potong kek oleh pesara JMG 2022. Sebelum majlis berakhir, semua warga JMG Perak dan pesara bergambar beramai-ramai sebagai kenangan. Majlis berakhir pada jam 6.00 petang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat.

Written by : norhazliza