PERHIMPUNAN BULAN OGOS 2022 JMG SARAWAK

PERHIMPUNAN BULAN OGOS 2022 JMG SARAWAK
KUCHING, 26 OGOS 2022 - Jabatan Mineral dan Geosains Sarawak telah menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan secara bersemuka dengan mematuhi SOP sediada. Majlis dimulakan tepat pada pukul 8.15 pagi dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Sarawak Ibu Pertiwiku, lagu Perkhidmatan Awam. Seterusnya ia disusuli pula dengan bacaan doa bagi memberkati majlis. Agenda majlis diteruskan dengan ucapan perutusan oleh Pengarah JMG Sarawak En. ย Roslan bin Rajali. Di dalam perutusannya, beliau telah menyentuh beberapa perkara seperti status kewangan pejabat, peringatan, makluman dan pelaporan aktiviti bulanan oleh setiap aktiviti/unit di JMG Sarawak.ย Beliau turut mengingatkan semua staf agar selalu menyemak buku perkhidmatan masing-masing terutama sekali data peribadi dan juga perkara berkaitan cuti agar tidak menjadi masalah di kemudian hari. Selain itu, beliau juga membuat pengumuman mengenai pemashyuran Sarawak Delta Geopark (SDGp), pada 24 Ogos 2022 di Kampung Budaya, Kuching, Sarawak. Ia akan dirasmikan oleh YB Menteri Kementerian Sumber Asli dan Tenaga (KETSA), Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama Premier Sarawak, YB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Diakhir ucapannya, beliau mengucapkan Selamat menyambut Hari Kebangsaan yang ke 65 kepada semua warga JMG Sarawak. Majlis diteruskan dengan tayangan ringkas video pendek "Inspirasi Setahun Keluarga Malaysia Teguh Bersama" bersempena satu tahun tampuk pemerintahan YAB Dato' Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia ke-9. Akhir kata, selamat menyambut hari kemerdekaan kepada seluruh keluarga Malaysia. Semoga Malaysia akan terus utuh dan stabil menghadapi cabaran mendatang demi kesejahteraan rakyatnya.

Written by : asyrafmansor10