6 Julai 2013 - Bertempat di Permai Resort & Rest House, Kg. Telong, Jalan Tok Bali - Bachok, Kelantan, majlis Sambutan Hari Keluarga JMG Kelantan telah berjaya diadakan. Suasana deruan angin pantai nyaman dan tempatnya yang redup naungan pohonan rhu dan cuaca yang agak redup, Permai Resort & Rest House menjadi lokasi pilihan Hari Keluarga JMG Kelantan untuk tahun 2013 menjadi sangat mengujakan.
Pada tahun ini, aktiviti sukan luaran sedikit berkurangan berbanding tahun yang lepas dengan hanya 4 jenis permainan sahaja berlangsung iaitu bola sepak pantai (geng pelekat vs geng batek), bola tampar pantai perempuan, tiup belon dan permainan rebut gula-gula untuk kanak-kanak. Sementara sukan indoor pula hanyalah perlawanan karom lelaki dan perempuan, serta permainan dart lelaki & perempuan.
Sekalung ucapan tahniah kepada semua pemenang-pemenang!!.
Selain daripada sambutan hari keluarga 2013 ini, satu majlis sempena persaraan dan perpisahan kakitangan juga telah diadakan setelah selesainya aktiviti pembahagian hadiah kepada pemenang-pemenang. Insan yang diraikan sempena persaraan adalah Tn Hj. Ibrahim Amnan (Pengarah) dan Pn CC Maimon Rajib sementara En. Nazeri Muhamad sempena pertukaran beliau ke Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gua Musang. Dalam majlis tersebut pengenalan biodata dan sejarah perjalanan hidup insan yang dirai telah dibaca oleh TPLK, En. Hizam Abdul Kadir. Selain itu, penyampaian cendara hati dari pihak JPA, warga JMG kelantan dan Kelab Sukan & Kebajikan JMG kelantan turut disampaikan oleh TPGS, yang akan menanggung tugas pengarah sementara.
Selesai sahaja majlis, semua tetamu menikmati masakan gulai kawah, daging kambing panggang, ayam goreng AFC dan juadah pencuci mulut tembikai dan aiskrim.
Pihak JMG Kelantan mengucapkan jutaan terima kasih kepada para semua Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Keluarga 2013 JMG Kelantan kerana dengan jayanya telah melaksanakan tugas kalian hingga berakhirnya sambutan ini.
https://blog.jmg.gov.my/jmg-kelantan/sambutan-hari-keluarga-perpisahan-jmg-kelantan-2013#sigProId82272a7d17
Laporan disediakan oleh Nurina