Wuhan, China - Pada tanggal 17 hingga 21 Julai 2017, penulis bersama dengan pegawai dari JMG Ibu Pejabat iaitu Pn Siti Aminah Abdul Sarif (Ketua Delegasi) dan En Che Ibrahim Mat Saman telah berkesempatan mengunjungi Negara Tembok Besar China kerana mewakili JMG Malaysia dalam ‘The Seminar On Geological Coorperation For The Countries On The Maritime Silk Road’ di Wuhan, China.
17-18 Ogos 2017, para peserta berkumpul di International Academic Exchange Center of Wuhan Railway Vocational College of Technology, Wuhan bagi perkongsian teknologi, perkhidmatan, pengalaman dan pengetahuan China dalam melaksanakan kajian dan pembangunan industri berkaitan mineral. Seterusnya pada hari berikutnya giliran perkongsian pula oleh negara peserta yang terdiri daripada Malaysia, Indonesia, Mesir dan Eritrea seterusnya disusuli dengan mesyuarat khusus berkaitan kerjasama yang dilaksanakan atau bakal dilaksanakan telah diadakan.
19 Julai 2017; para peserta bergerak ke Yichang yang mengambil masa perjalanan hampir 5 jam bagi lawatan ke ‘The Three Gorges Dam’ pada keesokan harinya.
Hari terakhir iaitu 21 Ogos 2017, para peserta dibawa ke Hubei Geological Research Laboratory iaitu salah sebuah makmal terbaik dan tersohor di China dalam kajian berkaitan geologi. Antara 500 hingga 600 sampel diterima dan dianalisis setiap hari termasuk sampel dari sekitar China dan dunia. Turut diadakan ialah perkongsian dan perbincangan analisis geokimia yang dijalankan di negara peserta. Sebelum kembali ke penginapan, peserta berkesempatan melawat Hubei Provincial Museum, salah sebuah muzium terkemuka di China yang terletak di Wuchang City.
https://blog.jmg.gov.my/jmg-negeri-sembilan-melaka/the-seminar-on-geological-coorperation-for-the-countries-on-the-maritime-silk-road#sigProId7b4cdc3d5d