Satu lawatan teknikal Kementerian Ekonomi (KE) telah diadakan di Pusat Penyelidikan Mineral, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (PPM-JMG) pada hari ini. Delegasi KE diketuai oleh YBrs. En. Che Kodir bin Baharum, Pengarah Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli (BEASSA), Kementerian Ekonomi.
Lawatan ini bertujuan memantau aktiviti-aktiviti R&D yang dijalankan di PPM. Di samping itu, ia juga sebagai platform bagi pegawai penyelidik untuk memberi pendedahan dan penerangan kepada Kementerian dan Ibu Pejabat JMG tentang aktiviti-aktiviti R&D yang telah dan akan dijalankan di PPM.