IPOH, 23 JANUARI - Pada hari ini telah diadakan satu Taklimat dan Kaunter Zakat Wakaf oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan.
Taklimat berkenaan zakat telah disampaikan oleh YBrs Tuan Haji Mohd Ariffullah Bin Mashudi, Eksekutif Bahagian Operasi Kutipan, Zakat Perak Al Ridzuan.
Di samping itu, kaunter zakat juga dibuka untuk warga PPM membuat taksiran semula zakat pendapatan di samping mendaftar untuk membuat pembayaran zakat melalui potongan gaji.
Semoga sesi taklimat ini menjadi salah satu majlis ilmu yang membawa manfaat buat semua yang hadir dalam memahami dan menunaikan rukun Islam keempat iaitu ibadah zakat ini.
Semoga Allah SWT membalas segala amalan kita dengan sebaik-baik ganjaran pahala serta menjadi sumber keberkatan dan pembangunan ummah.
Semoga dengan zakat yang dikeluarkan ini, banyak program pemantapan ekonomi asnaf dapat dilaksanakan serta membantu meringankan beban golongan asnaf dan nasib golongan asnaf dapat dibela.