IPOH, 17 JANUARI - Pada hari ini telah diadakan program Kampus PPM Bil 1 Tahun 2025: Pembentangan Pelajar Latihan Industri. Seorang pelajar latihan industri, Cik Nur Hanim Aqilla binti Suhaimi telah membentangkan projek yang bertajuk The Effect of Mixing Types In Solvent Extraction Process For LREE, MREE and HREE Separation.
Cik Nur Hanim Aqilla dari Universiti Teknologi Mara Cawangan Perlis dalam bidang Kimia Gunaan. Beliau telah menjalani latihan industri di PPM selama 15 minggu mulai 7 Oktober 2024 sehingga 17 Januari 2025 di Cawangan Teknologi Pemprosesan Mineral (CTPM) di bawah seliaan Dr. Tinesha Selvaraj. Sesi pembentangan ini diakhiri dengan sesi penyampaian sijil penghargaan kepada pembentang dan sesi bergambar.
Semoga sesi pembentangan ini menjadi medan perkongsian ilmu buat para pelajar bersama warga PPM. Di samping itu, secara tak langsung ia juga menjadi ruang latihan kepada pelajar dalam membentangkan kertas teknikal semasa memasuki alam pekerjaan kelak. Kami di PPM mendoakan semoga para pelajar ini terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi nanti.