IPOH, 14 Januari - Cawangan Pelaksana Pengkomersialan, Pusat Penyelidikan Mineral dengan kerjasama Syarikat QS Instruments Sdn Bhd., telah menganjurkan Taklimat Spectro ICP-OES dan TESCAN FESEM pada hari ini. Seramai 35 orang pegawai dan pembantu penyelidik telah menghadiri taklimat ini.
Taklimat pertama bertajuk Analytical Challenges and Solutions for Mining and Geochemistry telah disampaikan oleh En. Tony Wong dari QS Instruments Sdn Bhd manakala taklimat kedua bertajuk The Latest Advancement of SEM in Geology and Materials telah disampaikan oleh En. Charles Hooi dari Novatiq Scientific.
Diharapkan program ini dapat memberikan manfaat kepada semua peserta dalam meningkatkan kefahaman terhadap peralatan saintifik ini dan seterusnya dapat membantu dalam kerja-kerja penyelidikan dengan lebih baik dan berkesan.