Sesi Latihan Pembangunan Berterusan Hidrogeologi Dan Perbincangan Memudahcara Permohonan Abstraksi Air Bumi Melalui Penggunaan Borang Senarai Semak JMG/HY/10 Di JMG Selangor/Wilayah Persekutuan

Sesi Latihan Pembangunan Berterusan Hidrogeologi Dan Perbincangan Memudahcara Permohonan Abstraksi Air Bumi Melalui Penggunaan Borang Senarai Semak JMG/HY/10 Di JMG Selangor/Wilayah Persekutuan

SHAH ALAM, 16 Januari 2025 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor dan Wilayah Persekutuan telah mengadakan sesi percambahan ilmu dan perbincangan memfokuskan kepada penilaian ujian luahan dan sifat akuifer.

Sesi ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai hidrogeologi Jabatan dan pembantu geosains serta rakan strategik iaitu pegawai daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Penceramah jemputan adalah P.GEol. En. Ismail Hj Tawnie, Pengarah Pusat Kajian Hidrogeologi NAHRIM.

Sesi yang berlangsung turut diserikan lagi oleh pemohon-pemohon yang berkunjung ke JMGSWP bagi mendapatkan gambaran kaedah memperolehi sokongan teknikal JMG bagi permohonan permit abstraksi air bumi di LUAS.

Sebagai makluman umum, JMGSWP memproses permohonan abstraksi air bumi dan membuat penilaian teknikal sebanyak 450-500 setahun, bagi menjamin penggunaaan air bumi yang selamat dan mampan. Proses ini dimudahcarakan lagi apabila JMGSWP menggunapakai borang JMG/HY/10 bermula 1 Januari 2025, dengan sokongan daripada pihak LUAS.

Sebarang persoalan berkenaan borang JMG/HY/10, boleh berhubung dengan pegawai hidrogeologi JMG Selangor/Wilayah Persekutuan.

Written by : Daniel