MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR PRAKTIKAL

MAJLIS PENYAMPAIAN SIJIL TAMAT LATIHAN INDUSTRI KEPADA PELAJAR PRAKTIKAL
Satu majlis ringkas pemberian sijil penghargaan oleh Pengarah JMGSWP YBrs. En. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed kepada pelajar Program Latihan Industri, Cik Priyangga Palani Vaelu telah diadakan pada 24 Januari 2025.
Pelajar dari program Bsc Marine Geoscience, Universiti Malaysia Terengganu ini telah menjalani program latihan bermula dari 7 Oktober 2024 sehingga 24 Januari 2025. Semoga pengalaman, pengetahuan dan ilmu yang beliau perolehi di JMGSWP dapat dimanfaatkan dan menjadi asas pengetahuan dalam dunia pekerjaan yang lebih luas kelak. Selamat maju jaya dari kami Warga JMGSWP.

Written by : Daniel