KUNJUNG HORMAT WAKIL HRD CORP KE JMG JOHOR

KUNJUNG HORMAT WAKIL HRD CORP KE JMG JOHOR

Johor Bahru, 25 Februari 2025 - Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Johor telah menerima kunjungan Puan Nur Farhana binti Abdul Aziz dari Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp), sebuah agensi yang ditubuhkan dibawah Akta Pembangunan Sumber Manusia 2001 di bawah kelolaan Kementerian Sumber Manusia.

Pertemuan diantara Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar Ngatimin serta Timbalan Pengarah Unit Lombong dan Kuari Encik Hairul Shaharudin, topik yang dibincangkan ialah menjalin kerjasama untuk JMG menjadi penghubung dengan pengusaha berkaitan geosains, mineral, pengkuarian dan perlombongan.

HRDCorp dengan moto ‘Membawakan Kualiti, Membangunkan Kecemerlangan’ bertanggungjawab untuk mendorong aspirasi pengembangan bakat melalui pungutan levi daripada majikan dan pembiayaan program Latihan serta pembangunan tenaga kerja Malaysia termasuk bimbingan dan kaunseling kerjaya.

Sumbangan artikel : FB jmgjohor

 

Written by : asrul