
IPOH, 28 Feb. 2025: Hari ini telah diadakan Latihan Kalibrasi Pipet dan Buret di Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh. Tujuan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan terutama kepada kakitangan baru di BPT mengenai teknik kalibrasi pipet dan buret dengan betul menggunakan kaedah yang tepat. Kalibrasi pipet dan buret adalah penting dalam pematuhan makmal berakreditasi ISO untuk memastikan radas telah dikalibrasi sebelum digunakan dalam analisis sampel. Latihan ini merangkumi penerangan dan latihan praktikal kepada semua peserta.
Seramai 15 orang kakitangan makmal telah mengambil bahagian di dalam latihan ini. Penerangan telah disampaikan oleh En. Mohd Fahami bin Abas, Pegawai Geosains C11.
Diharapkan latihan kalibrasi ini dapat memberikan panduan dan kefahaman kepada semua kakitangan makmal yang terlibat.