IPOH, 5 Mac 2025: Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) membuka tirai tahun 2025 dengan mengadakan gotong-royong memasak juadah berbuka puasa. Tujuan utama program gotong-royong memasak juadah berbuka puasa yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) adalah untuk mempereratkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan, serta mengukuhkan semangat kerjasama dalam suasana yang santai dan positif.
Turut nemeriahkan suasana program ini dengan kehadiran Pengarah Kanan BPT, Dato' Ir. Ahmad Zukni Ahmad Khalil.
Semoga melalui program ini akan dapat meningkatkan semangat kerjasama antara kakitangan yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan jabatan dan memupuk semangat tolong-menolong dalam kalangan mereka. Melalui program sebegini diharapkan dapat memberi peluang kepada kakitangan untuk berinteraksi dalam suasana yang lebih santai dan mesra. Ini boleh membantu mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan mental serta fizikal kakitangan. Aktiviti gotong-royong ini memberi peluang kepada kakitangan untuk berkongsi rezeki dengan rakan sekerja yang lain. Selain itu, juadah yang disediakan diberikan kepada semua kakitangan tanpa mengira warna kulit dan agama, memperlihatkan sikap prihatin dan tanggungjawab sosial di kalangan anggota kelab.