GOTONG ROYONG MEMASAK JUADAH BERBUKA PUASA KSKBPT

GOTONG ROYONG MEMASAK JUADAH BERBUKA PUASA KSKBPT

IPOH, 5 Mac 2025:  Kelab Sukan Dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) membuka tirai tahun 2025 dengan mengadakan gotong-royong memasak juadah berbuka puasa. Tujuan utama program gotong-royong memasak juadah berbuka puasa yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT) adalah untuk mempereratkan hubungan silaturahim di kalangan kakitangan, serta mengukuhkan semangat kerjasama dalam suasana yang santai dan positif.

Turut nemeriahkan suasana program ini dengan kehadiran Pengarah Kanan BPT, Dato' Ir. Ahmad Zukni Ahmad Khalil.

Semoga melalui program ini akan dapat meningkatkan semangat kerjasama antara kakitangan yang terdiri daripada pelbagai peringkat dan jabatan dan memupuk semangat tolong-menolong dalam kalangan mereka. Melalui program sebegini diharapkan dapat memberi peluang kepada kakitangan untuk berinteraksi dalam suasana yang lebih santai dan mesra. Ini boleh membantu mengurangkan stres dan meningkatkan kesejahteraan mental serta fizikal kakitangan. Aktiviti gotong-royong ini memberi peluang kepada kakitangan untuk berkongsi rezeki dengan rakan sekerja yang lain. Selain itu, juadah yang disediakan diberikan kepada semua kakitangan tanpa mengira warna kulit dan agama, memperlihatkan sikap prihatin dan tanggungjawab sosial di kalangan anggota kelab.

LATIHAN KALIBRASI PIPET DAN BURET, MAKMAL BPT IPOH

LATIHAN KALIBRASI PIPET DAN BURET, MAKMAL BPT IPOH

IPOH, 28 Feb. 2025:  Hari ini telah diadakan Latihan Kalibrasi Pipet dan Buret di Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, Ipoh. Tujuan latihan ini adalah untuk memberi pendedahan terutama kepada kakitangan baru di BPT mengenai teknik kalibrasi pipet dan buret dengan betul menggunakan kaedah yang tepat. Kalibrasi pipet dan buret adalah penting dalam pematuhan makmal berakreditasi ISO untuk memastikan radas telah dikalibrasi sebelum digunakan dalam analisis sampel. Latihan ini merangkumi penerangan dan latihan praktikal kepada semua peserta. 

Seramai 15 orang kakitangan makmal telah mengambil bahagian di dalam latihan ini. Penerangan telah disampaikan oleh En. Mohd Fahami bin Abas, Pegawai Geosains C11.

Diharapkan latihan kalibrasi ini dapat memberikan panduan dan kefahaman kepada semua kakitangan makmal yang terlibat.

The 3rd i-CRIM UKM Scientific Instrumentation Seminar 2025 (SCI-INS)

The 3rd i-CRIM UKM Scientific Instrumentation Seminar 2025 (SCI-INS)
BANGI, 18 Februari 2025: ALAF UKM telah menganjurkan The 3rd i-CRIM UKM Scientific Instrumentation Seminar 2025 (SCI-INS) Yang telah diadakan di Bangi Resort Hotel, Bangi. Seminar ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan peralatan makmal terkini untuk tujuan analisis. Fokus telah diberikan kepada kepenggunaan yang berkaitan dengan analisis UNSUR NADIR BUMI (REE).
Baca selanjutnya

LATIHAN LANJUTAN PENGGUNAAN TOTAL CARBON SULPHUR ANALYZER (TCSA) DI MAKMAL BPT

LATIHAN LANJUTAN PENGGUNAAN TOTAL CARBON SULPHUR ANALYZER (TCSA) DI MAKMAL BPT

IPOH, 14 Februari 2025: Hari ini Cawangan Perkhidmatan Makmal BPT, Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia telah mengadakan Latihan Lanjutan Penggunaan Peralatan “Total Carbon Sulphur Analyzer, LECO SC832 (TCSA)” di makmal BPT.  Peralatan TSCA ini telah diperolehi oleh Makmal melalui perlaksanaan Projek Naiktaraf Makmal JMG Ipoh.

Baca selanjutnya