IPOH, 20 Mac 2023: Hari ini telah diadakan Mesyuarat Teknikal Projek Penilaian Unsur Nadir Bumi (REE) Bilangan 1/2023. Mesyuarat bertempat di Bilik Mesyuarat Marmar, JMG Perak bertujuan untuk membincangkan pelaporan teknikal oleh pegawai-pegawai projek, pembentangan input baharu Garis Panduan Eksplorasi REE, Modul Latihan dan Pembangunan Kapasiti dan lain-lain hal berkaitan. Mesyuarat dipengerusikan oleh En. Mahat Bin Sibon bagi pihak Ketua Projek Dr. SIa Say Gee.
Sesi Latihan Analisis REE Pegawai-pegawai Baru Unit Mineral Berlogam dan Aloi (MBA)
Lawatan Kerjasama Teknikal Universiti Malaysia Pahang Ke Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal
IPOH, 21 Februari 2023: Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG Ipoh telah menerima kunjungan dari Pengarah Makmal Berpusat Universiti Malaysia Pahang bersama beberapa Pegawai Sains dalam rangka membina kerjasama teknikal dalam bidang analisis makmal serta kajian dalam bidang mineral dan geosains.
Universiti Malaysia Pahang telah diketuai oleh Pengarah Makmal Berpusat UMP, Prof. Madya Dr. Hazrulrizawati Binti Abdul Hamid dan telah diraikan oleh En. Mohd Fauzi Muhammad Said bagi pihak Pengarah Makmal, En. Mohd Fahami Abas dan En. Mohd Zahar Ibrahim.
Delegasi ini telah di berikan taklimat oleh En. Mohd Fauzi dan kemudiannya dibawa melawat ke makmal untuk melihat sendiri kemudahan analisis yang disediakan kepada pelanggan.
TRAINING ON RARE EARTH ELEMENTS DETERMINATION IN GEOLOGICAL SAMPLES USING LAICPMS
Demonstrasi Analisis Isotope Ratio
IPOH, 27 Ogos 2019: Hari ini telah diadakan Demonstrasi Analsis Isotope Ratio bertujuan untuk menentukan usia spesimen berdasarkan ratio Plumbum dan Uranium. Demonstrasi di buat di Makmal Bahagian Perkhidmatan Teknikal, JMG