
Ipoh, 24 Februari 2025 - Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-24 (MAT-2025) telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Seminar, Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh, Perak. MAT-24 ini telah dihadiri oleh seramai 84 ahli Kelab dan 3 ahli bersekutu. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Penasihat KSKPPM, YBrs. Dr. Nazwin binti Ahmad. Selain ucapan aluan yang disampaikan oleh Yang Dipertua KSKPPM, Ts.Zawawi bin Mahim, majlis turut dimeriahkan dengan jemputan YBhg. Dato' Nurul Huda bin Ramli, Presiden Kelab Sukan dan Kebajikan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (KSKBPT), En. Adha Syuraini bin Abd Ghani, Pengerusi Kelab Kebajikan dan Rekreasi JMG Perak dan Encik Mohd Fuzi bin Hashim, Timbalan Presiden KSK BPT.
Selain itu, majlis ini turut ditayangkan slaid aktiviti Kelab sepanjang tahun 2024 dan pengumuman hadiah kecemerlangan anak-anak ahli Kelab. Sebagai agenda utama, MAT-24 yang berlangsung selepas majlis perasmian dimulakan dengan ucapan aluan oleh Yang Dipertua Kelab. Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan kewangan Kelab oleh Bendahari dan pembentangan aktiviti-aktiviti Kelab oleh setiap Setiausaha Biro. Pelantikan Bendahari baharu sesi 2024/2026 iaitu En Syazwan Bin Norilham. MAT-24 turut dimeriahkan dengan aktiviti cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah menarik. Hadiah cabutan bertuah ini merupakan sumbangan daripada KSKPPM dan juga tajaan daripada ahli individu Kelab.
KSKPPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua hadirin yang sentiasa komited menyokong aktiviti Kelab. Diharapkan agar barisan AJK ini mampu mengelola pengurusan dan kebajikan Kelab dengan lebih menarik dan terus cemerlang berselari dengan moto KSKPPM “BERBAKTI MELALUI KSKPP”.