Pasukan tindak balas JMG Selangor/Wilayah Persekutuan telah menjalankan pemeriksaan di tapak tanah runtuh di Hibiscus Residence Goodview, Kajang. Turut hadir adalah pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), pihak pemaju, dan Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang Y.B. Tuan Cheong Kian Young.
Perbincangan adalah menjurus kepada langkah-langkah mitigasi yang bersesuaian. Pihak pemaju memberi jaminan bahawa langkah-langkah mitigasi akan dijalankan dengan segera. JMG sentiasa komited dalam memberikan khidmat nasihat teknikal dan kepakaran di dalam hal yang melibatkan bencana geologi.