Sesi Latihan Pembangunan Berterusan Hidrogeologi Dan Perbincangan Memudahcara Permohonan Abstraksi Air Bumi Melalui Penggunaan Borang Senarai Semak JMG/HY/10 Di JMG Selangor/Wilayah Persekutuan
SHAH ALAM, 16 Januari 2025 - Jabatan Mineral dan Geosains Selangor dan Wilayah Persekutuan telah mengadakan sesi percambahan ilmu dan perbincangan memfokuskan kepada penilaian ujian luahan dan sifat akuifer.
Sesi ini turut dihadiri oleh pegawai-pegawai hidrogeologi Jabatan dan pembantu geosains serta rakan strategik iaitu pegawai daripada Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). Penceramah jemputan adalah P.GEol. En. Ismail Hj Tawnie, Pengarah Pusat Kajian Hidrogeologi NAHRIM.
Sesi yang berlangsung turut diserikan lagi oleh pemohon-pemohon yang berkunjung ke JMGSWP bagi mendapatkan gambaran kaedah memperolehi sokongan teknikal JMG bagi permohonan permit abstraksi air bumi di LUAS.
Sebagai makluman umum, JMGSWP memproses permohonan abstraksi air bumi dan membuat penilaian teknikal sebanyak 450-500 setahun, bagi menjamin penggunaaan air bumi yang selamat dan mampan. Proses ini dimudahcarakan lagi apabila JMGSWP menggunapakai borang JMG/HY/10 bermula 1 Januari 2025, dengan sokongan daripada pihak LUAS.
Sebarang persoalan berkenaan borang JMG/HY/10, boleh berhubung dengan pegawai hidrogeologi JMG Selangor/Wilayah Persekutuan.
Program lawatan teknikal anjuran JMGSWP bersama Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, UKM untuk kumpulan pelajar BSc dan MSc dari Hong Kong University of Science and Technology (HKUST)
SELANGOR, 9 Januari 2025 - Satu program lawatan teknikal anjuran JMG SWP bersama Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, UKM untuk kumpulan pelajar BSc dan MSc dari Hong Kong University of Science and Technology (HKUST), yang bertemakan 'Sustainable City' telah diadakan pada 9 Januari 2025 di Lombong Timah KL Larut, Bestari Jaya.
Lawatan ini turut disertai oleh kakitangan JMGSWP dari pelbagai unit aktiviti jabatan. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk memahami tentang perkembangan dan sejarah industri berkenaan di Malaysia.
Lawatan ini diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah JMGSWP, En. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed serta Prof. Madya Dr. Rozi yang mewakili pihak UKM.
Lawatan ini telah memberi ruang kepada peserta dalam menambah pemahaman berkaitan industri timah di Malaysia serta sumbangannya kepada ekonomi negara.
KERJA -KERJA PENILAIAN GEOLOGI DI NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
SHAH ALAM, 7 Disember 2024 - Sekitar Kerja-Kerja Penilaian Geologi di Selangor dan Wilayah Persekutuan oleh JMGSWP.
1. Penilaian Geologi dalam Perancangan Pembangunan di Kajang - pembangunan bekas kuari secara selamat.
2. Forensik Geologi Pasca Pembangunan di Putrajaya - mitigasi water seepage di jalan raya, mendapan dan risiko banjir (aspek geomorfologi).
3. Aduan water seepage di cerun di fasiliti pendidikan di Kuala Lumpur.
4. Aduan tanah runtuh di pelbagai lokasi dalam Selangor dan Wilayah Persekutuan.
JMG SWP komited untuk menyumbang kepakaran dalam pelbagai aspek perancangan pembangunan, pengurusan risiko bencana dan penilaian interaksi air permukaan dan air bawah tanah.
Penilaian dibuat secara lapangan dan insitu untuk membantu pihak berkepentingan membuat keputusan secara tepat dan efektif berdasarkan maklumat geologi tapak, sebelum kerja-kerja fizikal pembangunan atau pembaikan dilaksanakan.
Untuk makluman umum, maklumat geologi tapak amatlah penting untuk menentukan rekabentuk, menjamin keselamatan, keberkesanan dan kos pembangunan dan pembaikan.
Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang JMG atau MyGEMS.
#GeologyForLife
#UrbanGeology
#DisasterRiskReduction
#Sustainability
SESI MENANDATANGANI KONTRAK PERJANJIAN JMGSWP DAN GEOTECHNICA SDN. BHD.
SHAH ALAM, 14 Januari 2025 - Satu sesi menandatangani kontrak perjanjian telah diadakan bagi projek :
PERKHIDMATAN PENDIGITALAN DATA SUBPERMUKAAN SEDIAADA BAGI KAWASAN GREATER KUALA LUMPUR DI NEGERI SELANGOR DAN PEKHIDMATAN PENAWANAN DATA LIDAR SELUAS 10KM PERSEGI DI BUKIT ANTARABANGSA, SELANGOR DARUL EHSAN.
antara JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN dan GEOTECHNICA SDN BHD.