IPOH, 25 Mac 2025: Satu sesi perbincangan teknikal antara Unit Geologi Marin, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dan PETRONAS telah diadakan bagi meneroka potensi kerjasama strategik dalam perkongsian data geospatial sedimen dasar laut. Perbincangan ini bertujuan untuk memperkukuh usaha pemetaan dan penyediaan Peta Sedimen Dasar Laut di perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia.
Kempen Keselamatan Dan Ops Siaga Raya
KUANTAN, 24hb Mac 2023: Telah berlangsung Kempen Keselamatan Dan Ops Siaga Raya Sempena Sambutan Aidilfitri Tahun 2025 bertempat di East Coast Mall (ECM) Kuantan anjuran Jabatan BOMBA Dan Penyelamat Negeri Pahang. Program ini telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Ir. Razali Bin Kasim, DIMP., Exco Kerja Raya, Pengangkutan Dan Kesihatan Negeri Pahang. Di program yang sama, Makmal Geokimia Kuantan telah dipilih untuk menerima Plat Menghapus Bahaya Kebakaran (MBK) yang disampaikan oleh YB. Dato’ perasmi program. Makmal Geokimia telah diwakili oleh En Yusril A’mali Bin Mohd Yusuf selaku ketua Makmal. Untuk makluman, Plat (MBK) tersebut akan diberikan kepada premis setelah dilakukan pemeriksaan dan penilaian serta perlu memenuhi krIteria tertentu yang telah ditetapkan oleh Jabatan BOMBA.
MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP
MAJLIS KHATAM AL-QURAN JMG JOHOR 1446H/2025M
Johor Bahru, 21 Mac 2025 - Syukur Alhamdulillah, dalam kemuliaan bulan Ramadan ini, Majlis Khatam Al-Quran anjuran KSKK JMG Johor telah berjaya diadakan dengan penuh keberkatan.