Program lawatan teknikal anjuran JMGSWP bersama Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, UKM untuk kumpulan pelajar BSc dan MSc dari Hong Kong University of Science and Technology (HKUST)

Program lawatan teknikal anjuran JMGSWP bersama Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, UKM  untuk kumpulan pelajar BSc dan MSc dari Hong Kong University of Science and Technology (HKUST)

SELANGOR, 9 Januari 2025 - Satu program lawatan teknikal anjuran JMG SWP bersama Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, UKM  untuk kumpulan pelajar BSc dan MSc dari Hong Kong University of Science and Technology (HKUST), yang bertemakan 'Sustainable City' telah diadakan pada 9 Januari 2025 di Lombong Timah KL Larut, Bestari Jaya.

Lawatan ini turut disertai oleh kakitangan JMGSWP dari pelbagai unit aktiviti jabatan. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta untuk memahami  tentang perkembangan dan sejarah industri berkenaan di Malaysia. 

Lawatan ini diketuai oleh Yang Berusaha Tuan Pengarah JMGSWP, En. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed serta Prof. Madya Dr. Rozi yang mewakili pihak UKM.

Lawatan ini telah memberi ruang kepada peserta dalam menambah pemahaman berkaitan industri timah di Malaysia serta sumbangannya kepada ekonomi negara.

KERJA -KERJA PENILAIAN GEOLOGI DI NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

KERJA -KERJA PENILAIAN GEOLOGI DI NEGERI SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

SHAH ALAM, 7 Disember 2024 - Sekitar Kerja-Kerja Penilaian Geologi di Selangor dan Wilayah Persekutuan oleh JMGSWP.

1. Penilaian Geologi dalam Perancangan Pembangunan di Kajang - pembangunan bekas kuari secara selamat.
2. Forensik Geologi Pasca Pembangunan di Putrajaya - mitigasi water seepage di jalan raya, mendapan dan risiko banjir (aspek geomorfologi).
3. Aduan water seepage di cerun di fasiliti pendidikan di Kuala Lumpur.
4. Aduan tanah runtuh di pelbagai lokasi dalam Selangor dan Wilayah Persekutuan.

JMG SWP komited untuk menyumbang kepakaran dalam pelbagai aspek perancangan pembangunan, pengurusan risiko bencana dan penilaian interaksi air permukaan dan air bawah tanah.

Penilaian dibuat secara lapangan dan insitu untuk membantu pihak berkepentingan membuat keputusan secara tepat dan efektif berdasarkan maklumat geologi tapak, sebelum kerja-kerja fizikal pembangunan atau pembaikan dilaksanakan.

Untuk makluman umum, maklumat geologi tapak amatlah penting untuk menentukan rekabentuk, menjamin keselamatan, keberkesanan dan kos pembangunan dan pembaikan.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang JMG atau MyGEMS.

#GeologyForLife
#UrbanGeology
#DisasterRiskReduction
#Sustainability

SESI MENANDATANGANI KONTRAK PERJANJIAN JMGSWP DAN GEOTECHNICA SDN. BHD.

SESI MENANDATANGANI KONTRAK PERJANJIAN JMGSWP DAN GEOTECHNICA SDN. BHD.

SHAH ALAM,  14 Januari 2025 - Satu sesi menandatangani kontrak perjanjian telah diadakan bagi projek :

PERKHIDMATAN PENDIGITALAN DATA SUBPERMUKAAN SEDIAADA BAGI KAWASAN GREATER KUALA LUMPUR DI NEGERI SELANGOR DAN PEKHIDMATAN PENAWANAN DATA LIDAR SELUAS 10KM PERSEGI DI BUKIT ANTARABANGSA, SELANGOR DARUL EHSAN.

antara JABATAN MINERAL DAN GEOSAINS SELANGOR/WILAYAH PERSEKUTUAN dan GEOTECHNICA SDN BHD.

Makmal REE Dikunjungi MB Inc Terengganu

Makmal REE Dikunjungi MB Inc Terengganu

IPOH, 9 Januari 2025: Cawangan Perkhidmatan Makmal telah menerima kunjungan dari delegasi MB Inc Terengganu seramai lapan orang pegawai dan dua orang wakil JMG Terengganu iaitu En. Mazlan dan En. Aidil Arnulus Rema. Delegasi MB Inc di ketuai oleh En. Mazli Bin Mokhtar (Ketua Kewangan Korporat Dan Pelaburan MBI Modal Sdn. Bhd.)

Baca selanjutnya

LAWATAN PELAJAR TAHUN DUA PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN SUMBER MINERAL KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL

LAWATAN PELAJAR TAHUN DUA PUSAT PENGAJIAN KEJURUTERAAN SUMBER MINERAL KE PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL
IPOH, 17 DISEMBER - Pusat Penyelidikan Mineral (PPM) telah menerima lawatan daripada pelajar tahun dua dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia (USM).
Rombongan terdiri daripada 22 orang pelajar tahun 2 dan seorang pensyarah pengiring.
Dalam lawatan ini, ahli rombongan telah diberi taklimat mengenai PPM dan dibawa melawat hasil penyelidikan PPM di Galeri Penyelidikan dan makmal-makmal CTPP, CTBL, CTPLK dan CTPM.
Semoga kunjungan lawatan ini dapat memberi input dan perkongsian pengalaman yang berguna dengan para pelajar sebagai pewaris dalam bidang sumber mineral di rantau ini.