MESYUARAT PROGRAM PERASMIAN TELAGA TIUB DI KAMPUNG DUDAR DAN KAMPUNG TIMBANG DAYANG, KOTA BELUD, SABAH

MESYUARAT PROGRAM PERASMIAN TELAGA TIUB DI KAMPUNG DUDAR DAN KAMPUNG TIMBANG DAYANG, KOTA BELUD, SABAH

KOTA BELUD, SABAH (18 JANUARI 2018) : KHAMIS, 2.30 petang, Satu Mesyuarat bersama antara JMG dan Pejabat Daerah Kota Belud telah berlangsung bertujuan untuk membincangkan majlis perasmian dua (2) buah telaga tiub dan sistem penapisan di Kampung Dudar dan Kampung Timbang Dayang.  Penganjuran majlis ini dicadang akan dilaksanakan pada bulan Februari akan datang.  Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Norsafi bin Haji Dukah, Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Kota Belud.

Beberapa orang Pegawai dari Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat dan agensi-agensi yang terlibat turut hadir sama bagi membincangkan pelaksanaan program ini. Mereka yang hadir adalah Encik Saidol Sekol (Wakil UPPM N8 Usukan), Encik Shadar Datin @ Jatin (Wakil UPPM N6 Tempasuk), Encik Roslan Duraman (CDO N7 Kadamaian) dan Encik Mosgar Hj. Dukah (Pegawai daripada Pejabat Tanah Kota Belud).  JMG Sabah pula diwakili oleh Encik Eddie Affandy bin Mohd Yuslee (KUPM), Encik Jaineh Lingi (KA Hidrogeologi) serta Puan Besty J. Adim (Pen. Juruukur) dan Encik Abdul Arif bin Tahar (Pemb. Geosains Kanan).  Mesyuarat tamat pada jam 4.00 petang.  Sekian.

Written by : BESTY