TINJAUAN LOKASI HARI KELUARGA KEM-G JMG SABAH 2018

TINJAUAN LOKASI HARI KELUARGA KEM-G JMG SABAH 2018

KOTA KINABALU, SABAH (2 FEBRUARI 2018) : JUMAAT, Jam 9.00 pagi Ahli Jawatankuasa Kelab Kebajikan & Rekreasi (KEM-G) JMG Sabah telah membuat satu tinjauan lokasi berkaitan sambutan Hari Keluarga KEM-G JMG Sabah. AJK KEM-G sebulat suara memilih lokasi untuk Hari Keluarga tersebut di Tanjung Lipat, Likas, Kota Kinabalu.

 

Semua AJK KEM-G JMG Sabah turut terlibat dalam perbincangan dan tinjauan lokasi untuk sambutan tersebut. Hari Keluarga KEMG JMG Sabah dijangka akan dilaksanakan pada awal Mac 2018. Tujuan Hari Keluarga ini untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dan mengenali antara satu sama lain. Dalam tinjauan lokasi ini tadi AJK KEMG Sabah juga telah membincangkan pembahagian tugas-tugas untuk menjayakan sambutan Hari Keluarga tersebut. Tinjauan lokasi ini diketuai oleh Presiden KEMG Sabah sendiri En. Jaineh Lingi bersama AJK tertinggi KEMG Sabah (Pn. Suriani Ramee, Pn. Besty Jenny Adim, Pn. Normi Adok, Pn. Margaret Stephen Mozimin, En. Goh Khean Seong, En. Herorisan Paruka, Cik Helviana Malaya, En. Fadli Sulaiman, En. John Ingkangu, Cik Norven) dan beberapa orang lagi tidak dapat hadir sama kerana menghadiri mesyuarat lain.

Page 1

Written by : HERORISAN