PROGRAM TADARUS AL-QURAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN

muka depan tadarus al quran 2018

Johor Bahru, 20 Mei 2018 – Sempena kehadiran bulan Ramadhan pada tahun ini, Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor telah menganjurkan "Program Tadarus Al-Quran" untuk warga yang beragama islam di JMG Johor. Program ini bermula setiap hari sepanjang bulan ramadhan dari jam 8.30 pagi hingga 9.30 pagi. Pembahagian kumpulan telah dibuat bagi memudahkan warga JMG Johor bagi melancarkan lagi program tadarus ini yang dibuat hampir setiap tahun di bulan ramadhan.

Program Tadarus Al-Quran merupakan salah satu program utama JMG Johor dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak 1439Hijrah. Objektif program ini adalah bagi mewujudkan penghayatan beramal dan beribadah dalam bulan yang penuh barakah ini selain dapat merapatkan hubungan ukhwah dan sillaturrahim sesama warga kerja JMG Johor tanpa mengenal pangkat dan usia.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul