MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 2/2020

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 2/2020

Johor Bahru, 27 Februari 2020 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 2/2020 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor telah dipengerusikan oleh Pn. Noraini binti Basiri, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Syed Sobri bin Syed Hassan dan pembaca ikrar oleh En. Sivalingam a/l Krishnan . Selepas itu, Timbalan Pengarah JMG Johor En. Yusari bin Basiran telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan selamat datang kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis diteruskan dengan Majlis perpisahan Ir. Juna Azleen bin Abdul Ghani yang akan berpindah ke pejabat JMG Selangor dan En. Nik Mohd Fikri bin Mhd Nor yang akan berpindah ke pejabat JMG Kedah/P.Pinang/Perlis. Majlis disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada pegawai yang diraikan.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul