WEBINAR PEMBANGUNAN INDUSTRI UNSUR NADIR BUMI BUKAN RADIOAKTIF (NR-REE): SUATU PERSPEKTIF

WEBINAR PEMBANGUNAN INDUSTRI UNSUR NADIR BUMI BUKAN RADIOAKTIF (NR-REE): SUATU PERSPEKTIF

Johor Bahru, 09 Jun 2020 - Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah menganjurkan Webinar berkenaan “Pembangunan Industri Unsur Nadir Bumi Bukan Radioaktif” (NR-REE): Suatu Perspektif. JMG Johor juga turut sama dalam mengikuti webinar berkenaan yang telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza tepat jam 10.00 pagi yang dihadiri oleh pegawai dan kakitangan teknikal.

Tujuan utama webinar ini diadakan adalah untuk menerangkan dan membincangkan secara umumnya bahawa Malaysia mempunyai potensi yang besar dalam membangunkan unsur nadir bumi yang bukan radioaktif.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul