MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2023

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 8/2023

Johor Bahru, 20 Ogos 2023 - Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 8/2023 JMG Johor dan telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh En. Muhammad Amirul b. Ma'arof diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohd Shazwan Zainie b. Jamal dan bacaan ikrar oleh En. Mohd Razman b. Yusop. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sumber Mineral, Dr. Sia Say Gee. Majlis diteruskan dengan sesi perkenalan kakitangan baru iaitu Cik Nurun Niswa Binti Samsol Bari dan Puan Siti Nur Idyani Binti Yahaya.

Selepas itu, majlis diteruskan dengan taklimat daripada En. Norhazidi b. Masrom berkenaan "Peranan JMG dalam Pengurusan Tanah Gambut". Kemudian diikuti dengan Majlis perpisahan Pn. Siti Rohani Binti Mohamad Sah.

Written by : asrul