Johor Bahru, 02 Januari 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 1/2024 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
Majlis telah dipengerusikan oleh Mohammad Saufee b. Sehat diikuti dengan bacaan doa oleh En. Muhammad Fariz b. Dzulkapri dan bacaan ikrar oleh En. Hairul b. Mohamed Shaharudin. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor yang baharu iaitu Hj. Noorazhar b. Ngatimin. Majlis diteruskan dengan pengenalan kakitangan JMG Johor kepada Pengarah baharu JMG Johor.
Selepas itu majlis diteruskan dengan sesi tandatangan dan penyerahan nota serah tugas.
Sumbangan artikel : En. Asrul Sani b. Abdullah