Johor Bahru, 06 Februari 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 02/2024 JMG Johor telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh En. Ahmad Fadil b. Ahmad diikuti dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Shahril b. Idris dan bacaan ikrar oleh Pn. Marlia bt. Bohari.
Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, Tn Haji Noorazhar b. Ngatimin. Majlis diteruskan dengan pengenalan staf baru, Pembantu Tadbir (P/O) Puan Magdaline Enut Anak January Enju dari RTM Johor. Selepas itu majlis diteruskan dengan slot perkongsian ilmu "Pembentangan Kursus Teknik Pemetaan" oleh En Mohd Syazwan Zainie b. Jainal, En Muhammad Amirul b. Ma'arof dan Cik Nur Zayana Zahira bt. Shamsuri.
Sumbangan artikel : En. Asrul Sani b. Abdullah