Johor Bahru, 02 Julai 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil. 07/2024 JMG Johor telah diadakan di bilik Mesyuarat Kuarza Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Majlis telah dipengerusikan oleh Cik Fatimah Tuzaharah binti Kamaludeen diikuti dengan bacaan doa oleh Encik Taufik bin Rahmat dan bacaan ikrar oleh Encik Mohd Iedil bin Omar. Perutusan pengarah telah disampaikan oleh Pengarah JMG Johor, YBrs. Tn Haji Noorazhar bin Ngatimin.
Majlis diteruskan dengan taklimat berkenaan 'CAPACITY BUILDING ON GEOSITE MAPPING' oleh Cik Nurun Niswa binti Shamsol Bari dan 'GEOPARK MANAGMENT AND COMMUNITY INVOLEMENT' oleh Cik Fatimah Tuzaharah binti Kamaludeen. Slot Aktiviti Kelab KSKK JMG Johor telah diadakan dengan penyampaian hadiah acara sukan memanah JMG Johor yang diadakan pada 27hb Jun 2024 baru-baru ini.
Sumbangan artikel : FB jmgjohor