KUNJUNG HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR (PEMBANGUNAN)

KUNJUNG HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE PEJABAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR (PEMBANGUNAN)

Iskandar Puteri, 20 Ogos 2024 - YBrs. Tuan Haji Noorazhar b. Ngatimin Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor bersama Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari En Hairul bin Mohamed Shaharudin telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Pembangunan), YB Dato’ Haji Ashari bin Haji Kasnan di pejabat beliau di Kota Iskandar.

Sepanjang pertemuan hampir satu jam tersebut, pelbagai perkara dibincangkan berkaitan penglibatan JMG dalam pembangunan Negeri Johor. Antara perkara yang dibincangkan ialah perancangan projek pembangunan RMKe-13, peranan JMG di Bangunan Sultan Iskandar (CIQ), pengurusan aktiviti kuari dan lombong, dan halatuju geopark di Johor.
 
Pastinya sebagai agensi Kerajaan Persekutuan, JMG bertanggungjawab memastikan dan membantu negeri dalam hal-hal berkaitan pengurusan sumber asli khususnya mineral dan batuan agar selaras dengan halatuju negara tanpa menafikan hak-hak negeri.
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul