PEMERIKSAAN & PENILAIAN LAPORAN PEMETAAN GEOLOGI TERAIN UTK PERMOHONAN KEMAJUAN PEMBANGUNAN OSC DI SHAH ALAM, SELANGOR

PEMERIKSAAN & PENILAIAN LAPORAN PEMETAAN GEOLOGI TERAIN UTK PERMOHONAN KEMAJUAN PEMBANGUNAN OSC DI SHAH ALAM, SELANGOR
SELANGOR, 6 september 2024 - Pihak JMGSWP telah melaksanakan pemeriksaan lapangan bagi menilai pematuhan penyediaan Laporan Pemetaan Geologi Terain. Secara anggaran purata, Laporan Pemetaan Geologi Terain yang diperiksa oleh pihak JMG SWP adalah sebanyak 5 hingga 10 lokasi seminggu, sekitar Selangor.
Untuk makluman umum, Laporan Geologi Terain adalah penting untuk pengenalpastian kawasan berisiko bencana, pengurusan 'Disaster Risk Reduction (DRR)' dan memastikan pembangunan dilaksanakan, selari dengan proses semulajadi bumi. Ianya adalah proses penting dalam permohonan kebenaran merancang secara keseluruhan, terutama apabila melibatkan kawasan sensitif alam sekitar (KSAS).
Antara aspek yang dinilai adalah melibatkan Geomorfologi, bahan dan proses geologi, serta aspek Hidrogeologi (pergerakan air bawah tanah) secara rantau.
Pemeriksaan telah dijalankan oleh P.Geol En. Haikal, Pn. Adira, En. Haziq dan En. Farhan bersama pihak pemaju dan konsultan.

Written by : Daniel