KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE ATAS PEGAWAI DAERAH MERSING

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JMG JOHOR KE ATAS PEGAWAI DAERAH MERSING
Mersing, 11 September 2024 - Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin bersama dengan Timbalan Pengarah, Dr. Sia Say Gee telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pegawai Daerah Mersing, Tuan Haji Jamil Hasni bin Abdullah. Turut serta ialah Penolong Pegawai Daerah, Puan Noor Nabilah binti Masnawi dan Penolong Jurutera Kanan, En. Mohd Hasrul Fahmee bin Hashim.
Mersing merupakan daerah pelancongan terkenal di Johor dan ia tidak asing dengan JMG. Kajian menunjukkan bahawa Mersing pernah menjadi pusat letusan gunung berapi (volkano) sekitar 300 juta tahun lampau. Pelbagai batuan volkano ditemui seperti lapisan piroklas, debu volkano, breksia dan lava andesit telah menjadi bukti akan peristiwa letusan volkano tersebut.
 
Memiliki pelbagai cirian istimewa geologi dan alam tabii, Mersing merupakan wilayah pelancongan semulajadi terkenal khususnya kepulauan di sekitarnya. Akan keistimewaan ini, Mersing telah difokuskan sebagai Daerah Ekopelancongan di Johor dalam Rancangan Struktur Negeri Johor 2030.
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul