XPDC SAINTIFIK GUNUNG ARONG, MERSING

XPDC SAINTIFIK GUNUNG ARONG, MERSING
Mersing, 17 September 2024 - Pengarah JMG Johor YBrs. Tuan Haji Noorazhar bin Ngatimin menghadiri ‘flag off’ XPDC Saintifik Gunung Arong yang akan berlangsung dari 17.09.2024 hingga 21.09.2024. Majlis yang secara rasmi telah disempurnakan pelancarannya oleh YB Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor berjalan lancar dengan turut dihadiri oleh ketua-ketua Agensi terlibat.
XPDC ini telah disertai oleh seramai 136 orang yang terdiri daripada penyelidik dan pengkaji dari IPTA dan IPTS serta Agensi Kerajaan, Swasta, Badan Kerajaan dan NGO antaranya UTHM, UM, UKM, UiTM, UMK, UPM, UMT, JMG, Perhilitan, FRIM, MARDI, Pertubuhan Kelestarian Ekosistem Alam (NEST), ‘Wildlife Conservation Society (WCS)’ dan ‘Global Environment Centre (GEC)’.
 
JMG Johor menjadikan permatang kuarza Gunung Arong sebagai fokus kajian dan diharapkan pasukan kajian JMG Johor dapat mengenalpasti pembentukan permatang kuarza ini yang dipercayai merupakan korok yang mengisi jalur sesar rantau, menganjur dari Kuala Lumpur hingga ke Mersing.
 
Sumbangan artikel : FB jmgjohor

Written by : asrul