PROGRAM TAKLIMAT KESEDARAN AWAM CERUN DI KUALA LUMPUR

PROGRAM TAKLIMAT KESEDARAN AWAM CERUN DI KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR, 22  September 2024 – Jabatan Kejuruteraan Awam dan Saliran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur telah menjemput Encik P.Geol Qalam A’zad bin Rosle, Timbalan Pengarah Unit Geosains dari Jabatan Mineral dan Geosains Selangor/Wilayah Persekutuan sebagai penceramah jemputan dalam penganjuran Program Taklimat Kesedaran Awam Cerun, bertempat di Dewan Masyarakat Taman Medan Idaman, Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan kesedaran kepada orang awam berkenaan cerun dan kepentingan penyelenggaraan cerun terutamanya cerun di kawasan tanah bermilik. Program tersebut juga melibatkan kehadiran penduduk-penduduk dari kawasan Parlimen Wangsa maju, Setiawangsa, Titiwangsa, Kepong dan Batu.

Written by : Daniel